RM35.00
PPISMP BMMB1074 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu - NAHU BAHASA MELAYU ABAD KE-17 , 9789834903954
Price RM35.00
Product SKU NBMABAD17
Brand Dewan Bahasa Pustaka
Size (L x W x H) 20 cm x 5 cm x 25 cm
Availability Out Of Stock
Quantity
Description
Highlight

Buku Rujukan utama untuk subjek
PISMP BMMB1074 - Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

PENULIS:  Karim Harun
ISBN:  9789834903954
HALAMAN:  342
TAHUN CETAKAN:  2017
PENERBIT:  DBP

Nahu Bahasa Melayu Abad Ke-17 merupakan sebuah usaha rintis sejarah linguistik Melayu yang membincangkan nahu-nahu Melayu yang dihasilkan pada abad ke-17. Nahu-nahu tersebut dihasilkan oleh pedagang dan pendeta Belanda dalam bentuk jadual, lampiran dan juga buku nahu. Nahu dalam bentuk jadual dihasilkan oleh Frederick de Houtman yang dimuatkan dalam buku perbualannya, Spraeck ende woord-boeck (1603), lampiran nahu ditulis oleh Sebastian Danckaerts (1623) yang berjudul, Observationes aliquot hinc illinc decerptae ex Grammaticâ latinâ, utilissmae studiosis linguae Malaicae, insulis Iavâ Amboynâ, Moluccis, Bandâ & earundç circûvicinys usurpatae, dan buku nahu Melayu pula ditulis oleh Johannes Roman yang berjudul, Kort Bericht van de Maleysche Letter-Konst (1689).

Dalam buku ini, aspek-aspek nahu-nahu, pengaruh idea linguistik Eropah dan faktor yang mempengaruhi penulisan nahu Melayu akan dibincangkan. Untuk membincangkan nahu-nahu Melayu awal ini, pendekatan internal dan eksternal yang dicadangkan oleh Pierre Swiggers digunakan. Namun, pendekatan internal Swiggers diperincikan dengan mengambil kira aspek descriptionist programme juga yang dicadangkan oleh Swiggers. Manakala pendekatan eksternal pula memanfaatkan climate of opinion yang diperkenalkan oleh Fritz Koerner juga aspek sosial, dan teologi. Pendekatan internal digunakan untuk menganalisis dan menghuraikan data-data yang terdapat dalam nahu-nahu tersebut. Manakala, pendekatan eksternal pula digunakan untuk membincangkan nahu Melayu dalam kerangka yang lebih luas meliputi climate of opinion, sosial dan teologi pada abad ke-17.

Hasil perbincangan ini mendapati perkembangan nahu Melayu awal berlaku secara evolusi. Nahu-nahu ini pula dipengaruhi oleh nahu Latin dan juga nahu Belanda. Pengaruh ini dapat dilihat daripada ciri bentuk dan ciri nahu. Ciri bentuk yang memperlihatkan pengaruh Latin dan Belanda terdiri daripada penggunaan kerangka kelas kata, jadual konjugasi dan penggunaan bahasa Latin dan bahass Belanda. Ciri nahu pula dapat dilihat daripada perbincangan aspek kasus, kala, modus, kata majmuk, partisipel dan pronomina. Kajian ini mendapati kemunculan nahu Melayu dipengaruhi oleh faktor kebangkitan falsafah empirisisme, pengembangan agama Kristian, perkembangan intelektual dan ekonomi di Eropah.

■COURIER SHOPEE YANG PILIH
■ Proses pesanan ambil masa 1-3 hari waktu bekerja
■Resit akan di emailkan atas permintaan, Sila buat 'remark' dalam ruangan "Note@Nota" ketika buat pesanan atau DM##
■Pesanan terakhir pada pukul 7.00 pagi setiap hari dari Isnin - Jumaat. Pesanan yang di terima selepas pukul 7.00 pagi akan di proses pada hari berikutnya.### Pesanan selepas pukul 7.00 pagi pada hari Jumaat akan diposkan pada hari Isnin berikutnya.

What's in the box

1X Nahu Bahasa Melayu Abad Ke-17