MAPIM
Sort by
Show result

Penulisan bahan ilmiah seperti esei, laporan penyelidikan, disertasi, artikel jurnal, dan buku memerlukan gaya yang formal. APA merupakan salah satu gaya tersebut.

Matlamat utama buku ini adalah untuk membantu pembaca memperoleh dua kemahiran asas dalam penulisan ilmiah, iaitu memetik dan merujuk. Para penulis perlu faham peri pentingnya kemahiran ini untuk menjamin penulisan mereka tidak dicemari dengan ketidakpatuhan peraturan sehingga mungkin dianggap kurang baik dan kurang akademik. Persoalan plagiarisme juga dapat dielakkan apabila sumber maklumat dinyatakan dengan sewajarnya dengan format yang betul.

Oleh yang demikian, buku ini bertujuan untuk memberikan rujukan cepat kepada penulis baharu dan yang berpengalaman untuk memetik dan merujuk dengan cekap dan tepat. Buku ini mengetengahkan konsep ‘panduan cepat’, kesilapan biasa, contoh dan latihan serta jawapan yang dapat membantu penulis mencapai kedua-dua kemahiran memetik dan merujuk dengan cara yang cepat dan berkesan.

Menulis Petikan dan Rujukan Gaya APA: Panduan Cepat untuk Memetik dan Merujuk

■COURIER SHOPEE YANG PILIH
■ Proses pesanan ambil masa 1-3 hari waktu bekerja
■Resit akan di emailkan atas permintaan, Sila buat 'remark' dalam ruangan "Note@Nota" ketika buat pesanan atau DM##
■Pesanan terakhir pada pukul 7.00 pagi setiap hari dari Isnin - Jumaat. Pesanan yang di terima selepas pukul 7.00 pagi akan di proses pada hari berikutnya.### Pesanan selepas pukul 7.00 pagi pada hari Jumaat akan diposkan pada hari Isnin berikutnya.

RM30.00